Pasukan Kompang telah ditubuh lebih kurang dua (2) tahun yang lalu. Ahli ahli pasukan ini terdiri daripada anak anak penghuni Sri Pahang yang berusia di antara 7 – 15 tahun.
Keahlian Pasukan Kompang adalah seramai 20 orang. Pasukan ini mengadakan latihan sekali seminggu iaitu setiap hari Ahad dari jam 1.00 petang hingga 3.00 petang.
Latihan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Kumpulan yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam seni permainan kompang. Buat masa ini pasukan kompang telah banyak menerima tempahan untuk membuat persembahan di majlis majlis perkahwinan dikawasan Lembah Kelang, Selangor dan Melaka, serta badan badan korporat, seperti perasmian majlis dan sebagainya.