SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI
KUMPULAN SENI WARISAN
Kumpulan Seni Warisan Sri Pahang telah ditubuhkan pada Januari 2005. Idea untuk menubuhkan kumpulan ini telah dilahirkan oleh sekumpulan belia di Perumahan Awam Sri Pahang dan diangotai oleh kanak kanak dan remaja, yang ingin melihat agar warisan lama seni budaya ini tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
Kumpulan kami bersedia memberikan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang ingin memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan, Perasmian dan sebagainya dengan persembahan Kompang, Silat dan Tarian daripada Kumpulan Seni Warisan Sri Pahang.
Anda pasti akan terhibur dengan persembahan dari kumpulan ini kerana ia terdiri daripada kanak-kanak berumur 7- 15 tahun.
Semoga majlis bersejarah anda lebih meriah dan ceria.
Tahniah kepada ahli Tarian Kumpulan Seni Warisan yang terlibat dalam menjayakan video klip Gegar U! Warna Warna Malaysiaku.